Home
Order Period
Pick-Up & Delivery
Mode Of Payment
Contact Us

Friday, October 8, 2010

Bunga Bakawali....

Hari ini kita tak nak cakap pasal apa yg org tempah..atau apa yg sy buat..hari ini kita citer pasal 1 bunga yg baunya sangat wangi..tp berkembang tengah malam dan layu pada keesokkan harinya...Inilah Bunga bakawali..siapa yg ingat lagu Elly Mazlien tentang bunga tersebut..


ada 21 kuntum semuanya...tp berkembang separuh2 utk 2 mlm
Cantikkan..bunganya bila mengembang saiznya lebih besar dr tapak tangan..
baunya..sungguh wangi..hingga boleh membuatkan bulu roma meremang...
Actually pokok ini sy dpt masa sy menyewa di Selayang..tuan rumah meninggalkan 2 pasu yg hampir mati..namun agaknya rezeki saya pokok itu sihat walafiat smpi hari ini...malah pernah berbunga sebanyak 21 kuntum...sy suka sgt..akan kewangian nya..Nak dijadikan cerita..bila sy berpindah sy mintak dgn tuan rumah akan pokok tersebut..Alhamdulillah dari Selayang ke Bukit Jalil n sekarang di Seremban...Jauh sungguh dier merantau..he..he

Saya teringat kata-kata mak saya, "org cakap tanam pokok ini tengok rezeki, ada org bila tanam susah nak hidup..tp saya bila tanam..melimpah ruah bunga yg berputik..he.."


Khasiat bunga ini?? Mak sy cakap bunganya boleh buat selusuh bersalin dengan meminum sup bunga tersebut.. sy pernah juga mencuba Alhamdullillah senang la juga bersalin ..tp itu semua bahagian masing-masing yg ditentukan oleh Allah..
Nak dijadikan penyeri wajah pun boleh jika diamalkan utk minum sup tersebut.Berkesan atau tidak ??? waallahuallam..sy hanya mendengar mak sy cakap..
terpulang nak percaya atau tidak..


Tuesday, October 5, 2010

Ulangtahun pertama Dlovelymuffin...

Happy Besday..to Dlovelymuffin..gambar kek diatas hanya utk memberitahu sudah genap setahun blog kami beroperasi..Alhamdulillah..pelbagai dugaan, tohmahan, pujian yg kami hadapi..namun semua itu memberi kami kekuatan utk membaiki lagi kelemahan kami..

Kepada pelanggan-pelanggan kami, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas tempahan serta kepercayaan yg diberikan kepada kami...dan kami amat menghargainya..

Sempena Ulangtahun pertama kami..kami berbesar hati ingin memberi harga istimewa bg produk-produk kami .Nantikan promosi-promosi yg akan kami update dari masa-ke semasa


Monday, October 4, 2010

30pcs Lolichoc utk Pn Zamilah



Tempahan dr regular customer..Pn Zamilah..tidak pasti utk majlis apa? anyway tq..sbb order lagi..mintak halal semua..ya lepas nie order lagi tau..

20pcs cupcakes utk sahabat lama


Selalunya bila ada order mesti ada lebihan..daripada membazir sbb kami dah tidak termakan so sy bawa ke open House kawan sekolah di Taman Mantau Indah iaitu Pn. Haslelawati..
selamat menjamu...menu mlm td sedap hingga menambah2 kami...he..he


muffin utk En Wan Joe


tempahan dr regular customer..di TNB..tq...

Terima Kasih tidak terhingga

Jumaat lepas ada wat delivery Cheesetart ke CIMB Pwtc & En. Hasrizal sebanyak 340pcs tp disebabkan kelam kabut maka terlupa nak snap gambar cheesetart2 tersebut..harap maaf ya..anyway terima kasih semua...

Monday, September 27, 2010

Chocolate Moist Cake with Kiwi




Kek ini utk dibawa majlis rumah terbuka rakan kepada adikku..yan di Salak Tinggi..semoga semua enjoy mkn kek ini..kalau sedap war-warkan ngan kengkawan kalau x sedap meh la cini komplen kat kami...

SELAMAT PENGANTIN BARU-HUZAIDAH & SHAMSIDI (part 3)


Inilah wajah pengantin kita..maafla gambar kat atas pelamin x sempat nak amik kena balik awal my hubby keja petang..la..anyway Selamat pengantin baru...


Pada mulanya..kak ida (pengantin) membuat tempahan pelbagai kuih raya utk diletakan didlm dulang hantaran, oleh masa tidak mengizinkan kami menggantikan dgn cupcakes fondant..Namun ia menjadi hadiah dari kami utk Kak Ida & pasangannya..terima kasih bebanyak atas tempahan yg besar ini...lain kali kita berkerjasama lagi..

cupcakes fondant -16pcs (s)
Oren Buttercake..

SELAMAT PENGANTIN BARU-HUZAIDAH & SHAMSIDI (part 2)


Tempahan sebanyak 500pcs pelbagai bentuk lolichoc utk majlis kak ida & abg sidi
tvmc

SELAMAT PENGANTIN BARU-HUZAIDAH & SHAMSIDI









Tempahan sebanyak 2166pcs muffin perisa coklat/vanila/oren utk diisikan didalam iron box kepunyaan pengantin..ini..serta dihiasi bunga mengikut tema hitam putih...


lolichoc 100pcs


Tempahan dari kak leen utk besday anaknya yg bongsu...Happy Besday ..



happy besday Ayin -1 tahun





Tempahan dari Siti Nurzila (sri Kembangan) utk birthday anak perempuannya..bersama-sama teddy bear & kad ucapan..

Wednesday, September 22, 2010

TQ YB !!

Terima kasih YB Adnan (Kuala Pilah) diatas tempahan Almond Chipster sebanyak 10 balang..
lepas nie leh la order lagi..ya..

Monday, September 20, 2010

Selamat Bertunang




Set ini ditempah oleh Kak Ruby kenalan my hubby untuk majlis pertunangan anaknya pada 19/9/2010..anyway selamat bertunang..

oren buttercake with fondant
12pcs (saiz M)

SELAMAT PENGANTIN BARU- NURIN & FIRDAUS






Kek Hantaran yg ditempah oleh Nurin.. untuk majlis perkahwinannya pada 17 Sept 2010
Terima kasih kerana menempah kek dari kami..Actually ini adalah kek fondant pertama kami...

Kek coklat Lembab layer with coklat ganache (1.5 kg)


Followers