Home
Order Period
Pick-Up & Delivery
Mode Of Payment
Contact Us

Wednesday, November 4, 2009

Wanita..oh..wanita

Dlovely Muffin

Hari ini..saya aku ingin kongsikan kepada semua kisah seorang wanita yg pernah mempunyai 3 org lelaki bergelar suami namun yang seorang diantara sudah meninggal dunia..namun disebalik mereka ader citer tersendiri..

suami pertama- dikenali dlm masa sebulan..kalau x silap sayala..dikurniakan anak 3 orang hasil perkahwinan mereka.namun c suami kaki perempuan..dan kadang kala sanggup membawa perempuan tersebut..keluar bersama anak bini..itu adalah lelaki yg tidak berperasaan..ttp bila c isteri memohon cerai 2 pilihan diberi 1) cerai tanpa membawa anak2 bersama @ 2) tidak perlu bercerai ttp bagi dier kawin lain..namun c isteri terpaksa bercerai tanpa membawa anak2 supaya dier dpt membaiki hidup sendiri serta menuntut kembali anak2nya pada suatu hari nanti.Perceraian itu memberi c isteri impak yg kuat..kerana tidak dibenarkan menghubungi atau bertemu anak-anak.Nasib baiklah wanita ini mempunyai adik beradik serta saudara mara yang memberi bantuan serta sokongan dari pelbagai aspek.

Suami ke-2- ditakdirkan oleh Allh yg maha Esa..dtglah seorang lelaki duda beranak 4 dengan kasih dan sayang kepada wanita..lalu mengahwini beliau..perkahwinan mereka disambut dengan hati yang terbuka oleh wanita ini serta ahli keluarganya. Mereka dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan itu..Dalam perkahwinan ini, wanita ini telah dimanjakan dengan limpahan kasih sayang, wang ringgit..malah baju pun dapat pakai yang mahal kerana c suami amat pentingkan penampilan..bagi kaum keluarga itu adalah rezeki yang Allah bagi kepada wanita itu setelah keperitan yang dialaminya.Sejak perkahwinan itu jugak, wanita itu pergi mencari anak2nya hasil dari perkahwinan yg terdahulu..malah..anak2 wanita amat menyanyangi bapa tiri mereka..Namun Allah itu maha Mengetahui..suami ke-2 wanita ini..telah meninggal dunia..setelah genap 3 tahun perkahwinan mereka..namun c suami sudah meninggalkan harta.supaya isteri dan anak yg ditinggalkan tidak merempat atau hilang tempat berteduh..C isteri seperti tidak dpt menerima kematian suaminya itu..Sesungguhnya..wanita ini sangat tabah menerima semata-mata kerana anak mereka.

Suami Ke-3- Lelaki ini muncul dlm hidup wanita ketika wanita ini masih lagi diselubungi kesedihan..Kononnya..ini memberi sinaran atau tempat berteduh serta tempat berkongsi masalah.Namun lelaki ini ada agendanya tersendiri..SAPA YG TAK NAK WANITA (JANDA) KAYA YG KEMATIAN SUAMI SERTA ADA HARTA YG BANYAK..perkenalan mereka dapat tentangan hebat dari ahli keluarga wanita ini, namun wanita ini seperti kena pukau.atau guna-guna..(waallahualam) tidak mengendahkan pendapat kelaurga terutama ibunya sendiri.Pelbagai kejadian serta perbalahan telah berlaku namun pada suatu hari wanita itu pergi mencari adiknya untuk memohon adiknya menjadi wali masa perkahwinannya nanti. Dengan berat hati c adik.pun mewalikan agar tidak ada lagi perselisihan antara keluarga wanita tersebut dgn c suami.Namun itu hanya..harapkan harapan yg tinggal harapan..bila wanita selamat diijabkabulkan..sejak itu berlakulah pelbagai pertengkaran yang melibatkan adik-beradik serta ipar buai..dimana silapnya..
Malah ibu wanita ini..disalahkan kerana tidak menjemput menantu(menantu hantu kot) baru itu naik ke dlm rumah.Adakah patut seorang ibu mertua perlu menjemput..sepatutnya c menantu tahu itu rumah mertua (seperti mak sendiri) ko berhak masuk tanpa dijemput..Pelik! Tapi yang amat pelik c menantu baru itu mencanang kepada mak saudara c isteri segala keburukan adik-beradik serta ipar buai malah bukan itu saja tp c menantu itu mengatakan adik-beradik serta ipar buai nya..tidak suka serta sering mengata beliau..Akhirnya..wanita itu telah terputus hubungan dengan keluarga gara2 suaminya yg tercinta itu..Tp Allah maha besar..telah menunjukkan bahawa lelaki ini sebenarnya hanya nakkan duit.malah sudah mula menaikkan tangan kebadan c isteri. Apalah nasib kau wahai wanita..dulu lelaki inila..yg kau sanggup bela..serta lindungi segala keburukan namun setelah diri dperlakukan begitu baru kau nak mencari adik-beradik..yg telah kau buang..Adakah wanita ini akan menuntut perceraian atau sanggup hidup dgn lelaki itu sampai papa kedana..Hinggakan duit utk anak yg ditinggalkan oleh bapa yg tlh meninggal disapu juga oleh..bapa tirinya itu..?

*renungan;- Sesungguhnya kita wanita kena berani..bertindak.berdiri atas kaki sendiri..jgn lupa kewujudan ahli keluarga..terutama adik beradik sesungguhnya air yg dicincang tak akan putus.tetapi hubungan suami isteri boleh diganti bila-bila masa..Ini bukan provok tp sekadar luahan dan pendapat...

0 ulasan:

Post a Comment

Sila tinggalkan testimonial anda....

Followers