Friday, October 8, 2010

Bunga Bakawali....

Hari ini kita tak nak cakap pasal apa yg org tempah..atau apa yg sy buat..hari ini kita citer pasal 1 bunga yg baunya sangat wangi..tp berkembang tengah malam dan layu pada keesokkan harinya...Inilah Bunga bakawali..siapa yg ingat lagu Elly Mazlien tentang bunga tersebut..


ada 21 kuntum semuanya...tp berkembang separuh2 utk 2 mlm
Cantikkan..bunganya bila mengembang saiznya lebih besar dr tapak tangan..
baunya..sungguh wangi..hingga boleh membuatkan bulu roma meremang...
Actually pokok ini sy dpt masa sy menyewa di Selayang..tuan rumah meninggalkan 2 pasu yg hampir mati..namun agaknya rezeki saya pokok itu sihat walafiat smpi hari ini...malah pernah berbunga sebanyak 21 kuntum...sy suka sgt..akan kewangian nya..Nak dijadikan cerita..bila sy berpindah sy mintak dgn tuan rumah akan pokok tersebut..Alhamdulillah dari Selayang ke Bukit Jalil n sekarang di Seremban...Jauh sungguh dier merantau..he..he

Saya teringat kata-kata mak saya, "org cakap tanam pokok ini tengok rezeki, ada org bila tanam susah nak hidup..tp saya bila tanam..melimpah ruah bunga yg berputik..he.."


Khasiat bunga ini?? Mak sy cakap bunganya boleh buat selusuh bersalin dengan meminum sup bunga tersebut.. sy pernah juga mencuba Alhamdullillah senang la juga bersalin ..tp itu semua bahagian masing-masing yg ditentukan oleh Allah..
Nak dijadikan penyeri wajah pun boleh jika diamalkan utk minum sup tersebut.Berkesan atau tidak ??? waallahuallam..sy hanya mendengar mak sy cakap..
terpulang nak percaya atau tidak..


1 ulasan:

Tihara said...

cantik bunga ni..mmg bayak khasiat ni..saya tak pernah tengok live lagi..thanks :)

Post a Comment

Sila tinggalkan testimonial anda....

Followers